Mencari Ketenangan

Menulis bukanlah satu perkara yang mudah bagi aku. Kalau diikutkan sejarah pembelajaran aku dahulu, aku pernah hampir gagal dalam bab-bab yang melibatkan karangan atau pun essei. Kelemahan aku yang paling utama adalah tiada idea-idea yang baik serta cara aku mengolah ayat, tidak begitu menarik. Tapi itu semua dulu, kerana aku tak suka dibebani dengan peraturan yang menyekat kebebasan aku untuk berkarya. Agak-agaknya la kan, kalau aku hantar karangan dalam gaya penulisan aku sekarang. Banyak tak markah cikgu aku akan bagi? Rasa-rasanya aku akan dapat A+ atau tidak?

Kita tinggalkan kisah yang dahulu, kalau diungkitkan balik pun tidak akan ada benda yang boleh berubah. Kalau aku selalu mengungkit kisah yang lalu, gadis akan mark aku sebagai pengungkit. Ini akan mengurang kredibiliti aku sebagai seorang lelaki dan juga blogger yang tak berapa nak fames. Yang berlalu biarkan dia berlalu, kalau nak diingatkan pun sekali sekala sudah memadai. Cukup sebagai kenangan.

Sekarang menulis pun masih perkara yang sukar untuk aku, kerana idea menulis aku bergantung kepada tempat, situasi semasa dan juga gadis lentik yang terlibat. Kawan-kawan aku pulak merupakan subject yang kurang menarik untuk diceritakan. Kalau terlebih karang nanti akan ada yang terus "UNFRIEND" dengan aku. Kawan-kawan sekarang cepat emo, tak kira lelaki mahu pun perempuan. Kalau dah merajuk, sekali nak pujuk mesti suruh aku belanja makan. Paling kurang mereka akan meminta teh tarik dan nasi lemak sebungkus. Yang paling teruk, mereka akan suruh aku belanja aiskrim Baskin Robins. Kalau dalam Facebook aku sekarang ada 941 orang, kalau semua merajuk agak-agak berapa kos yang aku perlukan untuk memujuk mereka semua ini? 

Ok anggap ini sebagai kerja rumah yang aku berikan, kerana aku memang suka berlagak seperti cikgu yang tak ada kelayakan seperti GTO (Great Teacher Onizuka). Jawapan yang tepat, akan aku hadiah sehelai tuala warisan yang telah aku gunakan selama 4 tahun. Ada masa aku akan sertakan sekali gambar tuala tersebut nanti. Kalau tak cukup, aku akan tambah dengan sekeping gambar Miyabi dengan rupa paling sopan. Ini adalah salah satu sebab mengapa aku tak mahu meletakkan link Facebook aku dalam blog aku ini. Aku tak mampu lagi rasanya untuk menambah beban aku untuk membelanja lebih dari 941 orang yang dah sedia ada. 


"You, boleh tolong hantar I pergi KL Sentral tak petang ni?" tanya aku kepada Irene.

Aku tengah cuba untuk ubah sikap dan gaya penulisan aku sedikit. Sekarang, sekurang-kurangnya aku akan stuck dengan gadis yang sama untuk 2 atau 3 entri sebelum watak mereka aku buang dari cerita hidup aku. Itu pun aku dah rasa agak lama, kerana aku tak suka dengan benda yang sama dan berulang. Bosan.

"Boleh dear. Tapi you nak pergi mana? Tak ajak I pun." balas Irene kerana ingin tahu.

Sekarang aku sangat suka untuk berkarya dalam blog. Setiap kali aku akan menulis, aku akan pergi ke tempat-tempat yang belum pernah aku lawati untuk mencari idea-idea baru yang fresh. Tempat yang aku tuju selalunya terdapat permandangan yang sangat indah yang mampu untuk memberikan blogger seperti aku 1001 idea untuk terus berkarya tanpa ada penghujung. Tapi tempat seperti ini aku lebih suka pergi berseorangan kerana aku tak mahu ada yang mengganggu aku mencari ketenangan. Mungkin aku tidak akan update blog aku selama seminggu. Pesan aku kepada pembaca diluar sana terutamanya para gadis.
 
Dont miss me

Izinkan aku untuk pergi untuk berehat dan meluaskan minda aku dengan perkara-perkara baru yang belum pernah aku terokai. Dah tiba masa yang sesuai aku akan kembali untuk menulis.

"Danok." jawapan aku berikan dengan tenang kepada Irena.

20 comments:

CikRangers (CR) said...

danok pun best gak..soping2..huhuhu

Rtp Farra Arisha said...

mungkin blog ini adalah tempat luahan bg setiap isi hati seseorang, so u have ur own right to do whatever u gonna do.
and selamat menacri ketenangan! :)

WARTAWAN KIKIE said...

Lady kaco kat fon :p

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

ketenanga memang di impikan..

hg jgn lupe off kan phone..

nnt ketengan tak tibe..

Akulah Pak Lan said...

CikRangers (CR):
byk benda lagi yang fun yang boleh buat kat danok

Rtp Farra Arisha:
yup

WARTAWAN KIKIE:
I turn OFF

LinE PuTih LiNe HiTaM:
haha...of course

Tasha said...

Danok? terus Irene terdiam. lols

Akulah Pak Lan said...

Tasha:
hanya orang yang pernah pergi Danok saja akan tau apa yang ada dekat sana.

eila said...

danok hatyai ker?phuket lagi best rmi gadis2 lentik kat sana,sekali u sengih 10 yg mai...

puteri kasih said...

lepas ni mungkin ada cerita tentang ppn danok pula kan kan...hehehe

vampire's lovex said...

kemain lagi haaaa,berkarya sampai ke danok..danok ke lambok sebenar nye? hahaha...

hanaahmad said...

pergi Danok sorang je ke bang? ekekek

Akulah Pak Lan said...

eila:
phuket jauh sgt...ni sempadan ja..

puteri kasih:
bergantung pada keadaan

vampire's lovex:
danok

hanaahmad:
pergi berdua x leh have fun..kena pg sensorang...

PinKy MoMMa said...

wah smpai danok nak tenangkan fikiran..dah meh dtg pulau redang kat sini sudeh..hikhikhik

cuci mata keindahan alam..nak cuci benda lain x dok hahahaha

HAFIZAL said...

rajin betul buat ayat panjang...hehehehe..tahniah..moga boleh jadi penulis novel yg berjaya

Akulah Pak Lan said...

PinKy MoMMa:
Kat danok ada byk benda yang tak ada kat malaysia...

HAFIZAL:
agak2 kementerian bg cetak x kalau aku buat novel guna tema skrg?

Diary oF Mine said...

hehehe... xyah tenangkan diri smpai danok la... g pantai suda... tenang ja tgk pantai tau... errrr... ehehe

naz said...

gua baru pulang mencari ketenangan. kita ikut giliran. ada pasang surut

Akulah Pak Lan said...

Diary oF Mine:
Danok byk benda best

naz:
ok kita take turn

NuReLLe said...

danok tu kat ner?? *malasnakgoogle* gugugugu~

Akulah Pak Lan said...

sempadan thai-malaysia..bukit kayu hitam..