Laksa vs Karok

"You..." renggek Irene sambil mengusap belakang kepala aku yang berambut pendek.

Benci aku kalau orang dok main kepala aku. Diusap-usap pulak macam kepala kucing. Aku pelik dengan dia ni, dah tak ada kepala lain nak main agaknya. Rasanya banyak lagi bahagian lain dekat badan aku ini yang ada kepala. 

"Ye.. nak apa?" balas aku sambil mengigit manja tangannya yang suka merayap itu.

Aku sebenarnya tengah memandu keluar mencari makanan ni. Nak harapkan si Irene ni masak, haram. Masak nasi pun boleh jadi lembik, itu pun guna periuk nasi elektrik. Kalau pakai dapur biasa, aku dah malas nak bayangkan apa akan terjadi. Macam ni la gadis-gadis zaman sekarang, masak tak reti, bilik bersepah, baju tak reti nak lipat, itu pun ada hati nak mintak hantaran mahal-mahal.

"Ihiks!!!" gelak Irene sambil meratapi wajah aku yang tak bercukur.

Tekak ni terasa nak makan laksa. Dah lama sangat aku tak makan laksa sejak aku balik kampung tempoh hari. Nasib baik la Irene ni hantu laksa juga, boleh la aku ajak dia teman. Kalau tak terpaksa la aku cari gadis lain. Aku bukan suka sangat makan laksa sebenarnya, aku lebih gemarkan kuah laksa. Selalunya laksa tuh aku akan suruh mak aku makan, kemudian aku hirup kuahnya saja. Kali ni aku jadikan Irene sebagai mangsa aku untuk menghabiskan laksa.

"You...kita pergi karok malam ni?" ajak Irene

Aku dok lapar ni boleh pulak dia ajak aku pergi karok. Suara aku ni bukan la sedap sangat, lain la dia. Selalu saja menyanyi untuk event yang dia pergi. Tapi setakat karaoke apa salahnya, kami berdua ja pun bukan ada orang lain. Tak la aku malu sangat nanti.

"Kat mana?" tanya aku.

"Nilai" balas dia dengan laju.

Gila ka apa minah ni, jauh kot Nilai tuh. Bukannya dekat. Kalau nak sangat, pergi Red Box The Curve sudah la. Bukannya jauh pun The Curve  dari rumah dia.

"Tak ada tempat yang jauh lagi ka?" perli aku.

"Tempat tuh clear." jawab dia sambil senyum sinis.

Time tuh jugak aku cancel nak makan laksa dan terus menghala ke Nilai. Tak payah nak tau la lagu apa yang kami nyanyi berduet malam tersebut. Tapi sememangnya suara dia memang cukup merdu malam tuh. Percayalah cakap aku.

15 comments:

vampire's lovex said...

dengar line clear laju je... haha..

dah aaaa,tolong makan kan laksa untuk aku nanti. lapar lak..haha

Bro Framestone said...

kalau la ade yang sudi belanje bro makan laksa kan he..23x

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

area mane tu kat nilai...

dah dekat.. hahah

akoo said...

adoi..kot ye pon,makan la dulu..
kempunan kang br tau..huhu

Fyqa said...

errr

line mcm je. adeh "-.-

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
Bro Framestone:
Jom2..laksa kat bangi

LinE PuTih LiNe HiTaM:
Atas sket dari dataran..apa nama tempat tah...lupa

akoo:
takpa..time karok tuh bleh makan...hahaha

Fyqa:
mcm tuh ja..tak da lainnya

EYFAalias said...

HAHAHAHA. siot lah!

puteri kasih said...

dgr perkataan laksa..lapar la plak

nazirah said...

pergghh nilai kat mana tu yg "line clear" tu? nilai 1 , 2 , 3?
dekat kedai mana ? bersebelahan ape?
hahahaha. .len kali kasik detail bole trus g sane wakakaka adehh laksa tu sdp la bro.. my fev food awwww huhuhu

Akulah Pak Lan said...

EYFAalias:
Standard...

nazirah:
Tempat rahsea..
Jom makan laksa kat bangi...sedap

WARTAWAN KIKIE said...

Lady pown nak jugak.....

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

cet ko leh lupe.. arrgg..

baru nk p usha...

Akulah Pak Lan said...

WARTAWAN KIKIE:
Tak boleh

LinE PuTih LiNe HiTaM:
Haha...rahsea la..nanti kantoi kot expose kat public

nazirah said...

haha jom tak de hal je
bangi kat ne? yg kat uniten
tu ke? heeee

Fazira said...

patutlah follower hang makin ramai..
suka sungguh tulis benda2 macam nie.. hahahaha.. :D
tak pa.. aku faham..
teruskan menulis..