KFC dan KLIA

Benda yang paling aku benci adalah menunggu. Bukan aku tak mampu bersabar tapi kalau dah sampai sejam macam ni mau kematu punggung aku. Ini gara-gara nak menjemput si Irene la ni. Macam mana la flight dia boleh delay, aku pun tak sure. Lepas tu nak menunggu dia check out lagi, tambah-tambah stewardess macam dia. Mesti nak kena tunggu semua penumpang habis keluar dulu, buat last check untuk pastikan tiada barang yang tertinggal oleh penumpang baru boleh balik. Tapi takpa la, aku cuba bersabar. Lagi pun dah lama aku tak jumpa dia sejak meet up kat Taman Tasik Titiwangsa tempoh hari. Kami hanya berhubung melalui telefon sebab dia rajin fly. 

"Hai encik, selamat datang. Makan sini atau bawa balik?" tanya pelayan kaunter KFC.


Dah lama jugak aku tak makan KFC ni, sekali sekala nak menambahkan lemak apa salahnya. Tak boleh nak control sangat bab-bab makan ni, nanti hidup tak enjoy. KFC is better than McD bagi aku, sebab KFC bukanlah processed food. Tak banyak guna bahan kimia berbanding daging burger McD.


"Boleh bagi saya set Pocketfull, air tukar ambik milo tak nak ais" kata aku.


Aku jemu sikit kalau makan ayam saja, aku lebih prefer something yang different. Selalunya aku akan order 2 benda sahaja kalau makan kat KFC ni. Zinger Burger atau pun Pocketfull. Baru terasa sedikit kelainan, aku tak suka benda yang sama saja. Kelainan itu sesuatu yang menarik untuk dicuba. Selepas membayar aku mengusung trail aku mencari meja kosong. Aku lalu didepan meja gadis yang agak comei, aku terlalu asyik memandang dia sambil cuba bermain mata sampaikan terlanggar orang.


"Eh tak nampak orang ka? Sial, habis basah baju aku." maki pelayan KFC setelah aku tertumpahkan air milo ke atas baju dia.


Serius shit aku tak pernah kena marah dengan perempuan sampai macam ni. Harap muka dia saja lawa, bertudung tapi mulut tak berfilter minah ni. Serius aku tak pernah jumpa mana-mana gadis yang punya mulut se laser ini. Tapi bila dipikirkan balik memang salah aku sebab jalan tak pandang depan. Takan aku nak melenting balik walau pun aku customer. Lagipun aku jenis cool dan tak panas baran. 


"Eh!!! Apa ni?" marah minah tuh lagi.


Aku cuba mengelap tumpahan air kat baju dia dengan tisu yang ada dalam trail aku tuh. Rugi kot kalu guna sapu tangan, nanti kotor la sapu tangan tuh. Tapi dia seperti tak nak aku tolong.


"Tak payah la sentuh-sentuh. Takpa aku boleh buat sendiri." balas dia dengan nada yang agak kasar.


Tisu dalam tangan aku dirampas dengan kasar, kemudian datang manager dia cuba menenangkan dia. Aku dah serba salah, blur dan tak tau nak buat apa. Aku cuma mampu duduk kat meja aku sambil melantak Pocketfull yang aku order tuh dengan pelahap sambil memerhatikan dia menangis sambil cuba mencuci baju yang dipakainya. Kemudian dia berjalan dengan laju lalu depan meja aku dengan muka yang tak puas hati dan mata yang berair dan merah. Di tangan dia seperti ada sehelai baju yang di bawa bersama. Tah kemana dia pergi pun aku tak pasti, maybe ke ladies kot. Sempat juga aku lihat tag nama dia "Iza". Nama pendek dia kot.


"Sorry you lambat sket, dah lama you sampai?" tegur Irene sambil terus duduk tepi aku.


Tangan dia memang gatal, tak reti duduk diam. Pocketfull aku cuba dicubitnya, tapi aku cuba larikan daripada tangan dia. Sedikit hampa pada wajahnya. Then aku cuba suapkan pada mulutnya. Dia kembali tersenyum riang. Lapar agaknya dia, besar jugak mulut dia bila ngaga. 


"You cuba bangun sekejap." minta aku pada dia.


Dia seperti kebingungan bangun dan terus bertanya pada aku "Kenapa you?".


Cantik pulak dia hari dalam pakaian uniform dia. Salah satu benda yang amat menarik perhatian aku adalah gadis dalam uniform. Tambah-tambah kalau uniform nurse yang berskirt pendek. Aku sungguh teruja sampaikan ada benda yang benda mula yang bergerak.


"Tak ada apa, saja ja. I dah lama tak tengok paha gadis." Balas aku.


Kemudian dia memukul dada aku dengan manja, aku hanya tersenyum melihat gelagat dia. Kemudian aku dan Irene terus bergerak ke rumah dia. Aku penat menunggu, dia pulak penat baru balik dari Jepun. Masing-masing seperti memerlukan terapi mengurut.

15 comments:

timm said...

nasib baik dekat KLIA.
bukan LCCT.

PinKy MoMMa said...

beli skali tak kete mini yg comel tu ;)

tgk peha? tgk peha kamu dah la pak lan ekeke

MizzDija said...

dah lme x mkn kfc...nyummm

cik azeya said...

aahah.

dah lame tak makan kfc. bile nak belanje aku?

puteri kasih said...

membazir je milo yg tumpah tu..hehehe

lain kali berhati-hati bukan sahaja ketika memandu tetapi ketika membawa minuman...hehehe

vampire's lovex said...

burger kfc tak sedap !! semua bger tak sedap....

minah laser tu,sje je kot test market,sebab tu bajet mulut laser...haha..

suka gadis beruniform?? errrr...

Akulah Pak Lan said...

timm:
kenapa dengan LCCT?

PinKy MoMMa:
hahaha

MizzDija:
Sila2...sedap kot..

cik azeya:
ko la belanja aku

puteri kasih:
Insya-Allah

Akulah Pak Lan said...

vampire's lovex:
Uniform baju sekolah tak terkecuali...

timm said...

lcct: aku sentap

nazirah said...

pergghh uniform seksi tu
nasib baik PA macam i takde
uniform rasmi yg prlu dipakai
ngeh ngeh.. anyway mmg krg ajr
la pmpn tu tk sngja kot tak yah
ar kasar sgt kan huhu

WARTAWAN KIKIE said...

Jeles benor i tgk kehidupan seharian Mat Casanova nie hurmmm....

Akulah Pak Lan said...

timm:
Jgn dom sentap selalu sgt

nazirah:
nama pun baran..biasa la...

WARTAWAN KIKIE:
Play Single ok..Play Single

naz said...

fuh fuhh gua pula suka perempuan pakai uniform baju mandi hahaha

nazirah said...

hehehe

Akulah Pak Lan said...

naz:
hat tuh payah nak cari..kecuali kat tempat2 tertentu

nazirah:
:)