Hikayat Lelaki

Posted by | Posted in | Posted on 12:05:00 PM

"Apa yang you cari kat Danok tuh sebenarnya?" tanya Irene sambil menguyah pasta dalam mulutnya.

Sebelum aku dihantarnya balik, diajaknya aku ke Midvalley untuk menemani dia untuk membeli handphone baru. Handphone yang lama dah rosak katanya, dah tak boleh digunakan. Memang sifat perempuan, akan setia pada yang satu selagi bermanfaat kepadanya. Tapi berbeza dengan kaum lelaki, setia kami berbelah bahagi. Macam biasa, jenama dan harga tidak penting bagi dia. Yang penting handphone baru dia itu mestilah berwarna pink.

"I bosan dok kat KL lama-lama. I tak cari apa-apa pun, saja pergi nak release tension" jawapan aku berikan kepada Irene sambil menyembunyikan sesuatu.

Hakikat sebenar tentang lelaki adalah mereka terlalu mudah cepat bosan akan sesuatu. Bosan dengan benda yang berulang, bosan dengan yang tidak akan berubah, bosan dengan mengjengkelkan dan bosan dengan benda yang tidak penting kepada diri sendiri. Sajak yang aku telah karang masih belum sempat aku serahkan pada dia kerana aku malas balik naik teksi. Ada baiknya aku bersabar sebentar.

"You, tak suka dekat I ka? Jauh pergi, tak ajak i pun" tanya Irene dengan rupa seperti orang yang merajuk.

Orang yang keras hati semacam aku memang tidak reti memujuk hati perempuan yang sedang merajuk. Ada satu ketika aku pernah cuba membuat lawak tatkala seorang perempuan yang sedang PMS. Niat aku memang betul, untuk menghiburkan dia. Tapi timing aku tak kena, ditengkingnya aku tanpa memperdulikan orang di sekeliling. Kebanyakan orang perempuan akan rasa jengkel kepada kita kalau kita cuba berbuat sesuatu yang nampak bodoh dimata mereka. Ada baiknya perempuan seperti ini kita biarkan mereka seketika  selagi hormon mereka tidak stabil.

"Sapa kata I tak suka dekat you? " aku masih tidak menjawab soalan dia.

Kebanyakan lelaki akan berselindung disebalik alasan "tidak" untuk menafikannya. Alasan sebegini rupa digunakan untuk mempertahankan diri mereka walaupun kadang-kadang mereka akan menipu. Menipu adalah satu mekanisma yang selalu lelaki guna dalam kebanyakan hal untuk menyelamatkan diri mereka. Mungkin anda semua tidak sedar yang aku pun sedang menipu. Tapi hakikatnya lelaki  dan menipu adalah satu lumrah yang akan kekal sampai mereka mati.

"Eh you, duit I dah habis la masa dekat Danok." kata aku sambil tersenyum sengih semasa meminta bil.

Dia seakan paham dengan keadaan aku lalu mengeluarkan walletnya. Ditariknya Gold Credit Card dan diberikan kepada pelayan restoran tersebut, sememangnya dia loaded. Kerja seperti dia sememangnya bergaji tinggi, setakat bil berharga dibawah tiada masalah untuk orang seperti dia. Lupa pula, benda yang paling mahal tuh, aku yang order dan makan.



Kami terus bergerak keluar dari Midvalley kerana hari sudah lewat, lagipun aku kepenatan kerana perjalanan yang jauh menaiki train. Aku tidak berupaya untuk  melayan kehendak dia walaupun kelihatan jelas pada tingkah laku dia seperti akan meminta. Sebelum dia berlalu pergi dari rumah aku, aku serahkan sajak yang aku karang tempoh hari yang diletakkan dalam sampul surat.

"I ingat you dah lupa" kata dia pada aku.

Wajah dia kembali riang dan aku pula hanya tersenyum. Aku yang kepenatan terus masuk ke dalam rumah, mandi dan terus tidur. Pada keesokan paginya apabila aku bangun, aku baca satu sms yang dikirimkan Irene yang berbunyi.

"I hate you!!!"

Comments (36)