Broga Hill Punya Angkara

"You, jom kita pergi Broga weekend ni?" tanya Ija.

Kalau di ikutkan dah lama jugak aku tak bersenam dan dah lama jugak aku tak berpeluh selain di bilik tidur. Perut semakin membonyot, 6 pack dah mula nak hilang, bisep dah semakin mengendur sampaikan cuma tinggalkan 1 bahagian sahaja yang masih tegap dan gagah kerana aku selalu menggunakannya. Aku rasa ada baiknya aku turuti sahaja permintaan Ija, lagi pun dengan dia sahaja aku tak tahu kenapa aku selalu mengalah. Ego lelaki aku sering hilang bila berdepan dengan dia. Aku akur.

"Ok juga idea you ni. Bijak sungguh. Anak sapa la ni?" balas aku dalam loghat utara.

Dia memang suka senyum, namun tak sekali pun aku rasakan yang senyuman dia itu dibuat-buat atau pun mengada-ngada. Dengan senyuman dia itu lah aku sering tewas setiap kali aku ingin cuba menyentuhnya. Pernah aku ceritakan dulu yang aku tidak akan menganggu atau menyentuh manusia yang bernama gadis jika dia menutup segala bahagian wanita dia. Dia salah seorang gadis yang aku maksudkan.

Satu lagi sumpahan dalam hidup aku, setiap kali aku bertemu dengan gadis baik-baik mesti dia dah ada boyfriend, tunang mahupun dah berkahwin. Aku tak pernah mengeluh dalam hal-hal sebegini. Tapi kali ni berbeza, dia sememangnya tidak berpunya dan respon dia terhadap aku sangat positif.

"Pukul brapa you nak datang ambik I?" tanya Ija yang sambil menahan batuk.

Menyebut perihal Ija, dia sering mengadu sakit-sakit. Kalau batuk tu, pernah sekali berlarutan sampai setahun. Kalau kena suntik jarum dengan doktor mungkin 2-3 hari baru hilang kesan suntikan tersebut. Mungkin daya ketahanan badan dia yang agak lemah yang membuatkan dia jadi demikian rupa.

"You larat ka nak pergi ni? Tu batuk pun tak berenti lagi." tegur aku.

Dia masih dengan senyuman dia yang tak pernah luntur. Dengan hanya bertrack suit dan tshirt putih berlengan panjang. Dia duduk di atas kerusi di meja makan sambil bersila, seperti kanak-kanak pun ada kadang-kadang.  Langsung tiada ciri kegadisan apatah lagi ciri gadis melayu. Cili padi dalam mangkuk laksanya ditambah seperti menambah sayur. Memang dia sukakan benda yang pedas. Kelihatan seperti dia sedang berfikir panjang, namun bersuara juga dia akhirnya.

"Insya-Allah larat punya, I kan selalu makan biskut Tiger." jawab dia dengan nada cubaan bergurau.

Kini tiba giliran aku pula untuk berfikir panjang. Mana tidaknya, nak bawa anak dara orang naik bukit dan hutan. Bukannya seperti gadis-gadis lain selalu aku bawa masuk bilik tidur yang sehabiskan kuat berdepan risiko terlanggar bucu meja ataupun katil patah. Lagi pun emak dia dah kenal rupa aku. Kalau jadi apa-apa jadi kat anak dia, mahu dia saman aku. Naik court nanti, buat malu saja.

"Baiklah, you boleh pergi dengan 1 syarat" tegas aku.

Gadis memang tidak boleh sangat kalau di beri muka sangat, kalau tidak nanti mereka akan ingat kita ni lembut hati dan akan sering meminta benda yang bukan-bukan. 

"Kita declare relationship kita dalam Facebook" pinta aku.

Dia hanya mengangguk tanda setuju sambil kuah laksa dihirupnya. Mungkin kerana terlalu eksited nak pergi Broga dengan pantas dia mencapai Macbook aku tanpa bercakap banyak terus membuat seperti yang aku minta tadi. Lantas aku pun terus mengapprovekan dia.

"Pak Lan is in relationship with Heliza Helmi"

Aku sangat happy time tuh sambil berulang kali aku sebut "I love you Ija" tanpa rasa segan silu dikhalyak ramai. Banyak jugak notification yang masuk selepas itu. Ada yang comment ada jugak yang like, termasuklah Hafiz Hamidun yang mengucapkan tahniah dengan nada yang aku pasti dia sangat kecewa.

Tiba-tiba..

"You!!!..nama sapa you sebut tadi?" bunyi satu suara yang agak aku kenali.

Mata aku seperti berat hendak dibuka, gelap seperti malam atau pagi buta. Kelihatan sekujur tubuh disebelah aku yang hanya berselimut. Dalam samar-samar aku cuba buka lampu meja dan cuba melihat jam. Pukul 4 pagi. Demm!! aku bermimpi rupanya. Seingat aku, dah lama aku meng-deactivate-kan Facebook aku dan bila masa pulak Heliza Helmi kenal aku. Wajah Zura seperti agak jeles cuba mencari kepastian.

"I mimpi hantu tadi, nama dia Ija. Dia cekik dan paksa I sebut I love you Ija. Aci?" jawab aku dengan bersahaja sambil lampu bilik tidur ditutup dan terus sambung tidur tanpa mempedulikan Zura yang jelas masih tak puas hati.

"Alangkah indah kalau semuanya benar belaka" bisik hati aku sambil berfikir perlukah aku meng-aktif-kan balik Facebook aku.


17 comments:

Miss Dolce and Gabbana said...

daya imaginasi kau memang terlampaukan.haha

zatie said...

eh, bro? asl deactivate fb..huhu..bru tau la tdi sbb nk tag nme bro,ttbe cek2..ang ilang nie..awt lgu nie..cer cte cer cte..hahaha..sib bek blog idop lgi..hehe :)

yad'z said...

hahahha jauh menyimpang nihhhh.... hahaha

puteri kasih said...

macam baca novel je rasanya..hehe

hanaahmad said...

berangan la mat. hahaha

eila said...

kuat tul berangan kisah u ni bleh dijadikan filem blue termaju abab ini!

vampire's lovex said...

pehh pehhh... tiap kali masuk sini aku macam blur tapi imaginasi aku plak menjadi jadi..kahkah...

tah pape..

timm said...

kalau benar bagai dikata

timm said...

kalau benar bagai dikata

WARTAWAN KIKIE said...

Damn!! igt apa lah pakcik ni...sejak menjak ramai sgt butterfly u kan... *jles*

Akulah Pak Lan said...

Miss Dolce and Gabbana:
Ngeh2

zatie:
dah malas nak bersosial..

yad'z:
hahaha

puteri kasih:
ini enovel

hanaahmad:
imaginasi..penting OK

eila:
tak da sebut benda sensitif pun..cuba check tgk..haha..u pikir byk ni..mana imaginasi u pergi?

vampire's lovex:
apa yang ko bygkan?

Timm:
kalau la...

kikie:
butterfly?

Afsar said...

wakakakakaka..huhuhu..nak heliza helmi yer bang..kikikiki~

HeziqaMushadadLee said...

pak lan!nak kena sekeh nih..haish

Akulah Pak Lan said...

Afsar:
haha..calon bini tuh

HeziqaMushadadLee:
Amboi...suka2 nak sekeh orang no...

WARTAWAN KIKIE said...

Butterfly itu GIRLZ uolz lah...

oshin-jamel said...

aiyakkk!!tertipu...mimpi rupenye!!!hahah!!!

Akulah Pak Lan said...

WARTAWAN KIKIE:
ayam pun girlz jugak kan?

oshin-jamel:
mimpi merupakan medan yang tiada penapis