Aku Bebal

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Fiza, gadis yang baru aku kenal sewaktu lunch di KLCC tadi tak sabar-sabar nak pergi ke kondo aku. Tak pernah aku jumpa gadis yang segelojoh ini. Gelagat dia tak berhenti dari melihat jam berjenama GUESS di tangannya dan soalan yang sama di ulang oleh dia setiap 5 minit berlalu.

"You. Agak-agak pukul brapa erk kita sampai condo you?" tanya Fiza.

Aku jadi rimas, perlukah gadis bertanya soalan yang sama berulang kali? Tapi aku cuba bersabar, aku tahu sabar itu separuh daripada iman. Namun masih adakah iman dalam diri aku lagi? Yang aku tahu jika aku bersabar dengan karenah dia, ada habuan yang lebih menarik menanti aku nanti. Aku cuba untuk senyum dan menjawab soalan dia dengan penuh ketenangan.

"Kejap lagi ja. Jalan jem ni, dalam 20 minit lagi kita sampai, Sabar ok." terang aku sambil menyembunyi loghat utara aku.

Kereta yang aku pandu masih lagi terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Gabungan Jalan Ampang dan Jalan Jelatik, sesiapa pun yang tinggal di kawasan sini pasti akan merasa keperitannya sewaktu peak hour. Di tambah pula dengan hari Rabu, hari di mana umat manusia berlumba-lumba untuk pergi bermain bowling dan juga menonton wayang. Harga yang murah, kalau aku pun aku nak benda-benda yang macam ni. 

Tapi disebabkan prinsip hidup aku yang berbeza aku tidak sanggup menjadi seperti mereka. Aku tidak akan sanggup beratur panjang, berebut akan sesuatu dan juga menanti begitu lama. Prinsip ini aku sudah aku applikasikan untuk semua benda termasuklah gadis. Tak guna menunggu gadis begitu lama kerana belum tentu dia mahukan kita. Tak guna berebutkan seorang gadis yang budjet dia lentik. Tak guna juga beratur panjang siap kena mengambil nombor semata-mata nak cuba nasib dengan gadis yang dikatakan comel. Bullshit!!! semua itu. Aku bukan orang yang sebodoh itu.

Ini mengingatkan aku kepada satu ayat dari petikan sebuah filem yang aku tidak berapa ingat tajuknya.

"If you don't know how to flirt, better you start with with the ugliest one and don't go for the prettiest one if you don't have confidence "

Pada pendapat aku memang ayat ini sangat relevan. Masalah utama kaum lelaki yang takut akan wanita cuma satu, iaitu kenyakinan. Tanpa kenyakinan, tak ada gunanya kalau memiliki wajah setampan mana pun. Kerana malu untuk bertegur sapa, biar pun lalu perempuan sehodoh mana pun mereka tidak akan dapat memikat mereka.

Akhirnya kami tiba juga di kondo aku setelah mengharungi kesesakan jalan tadi. Fiza tersenyum lebar, aku pun senang hati kerana tak perlu mendengar dia mengeluh. Jam baru baru menunjukkan 6.50 petang. Oleh kerana tempat letak kereta aku yang agak jauh dan juga rumah aku yang berada di tingkat 18 perjalanan mengambil masa sebanyak 10 minit. Laju sungguh si Fiza memimpin tangan aku seperti dia tahu mana satu rumah aku sampai la dia boleh tersalah rumah. Aku gelak kecil dengan gelagat dia, sangat comel.

Tatkala aku sedang membuka grill dan juga pintu rumah dia mula bersuara seperti seorang makcik-makcik.

"Cepat la you, dah pukul 7 ni." Fiza mengomel.

Aku bencikan dia selama 5 minit kerana perangai makcik-makcik dia tersebut. Aku cukup tak suka perempuan yang mengomel dan tak reti bersabar. Aku hanya memandang dia dan hanya melemparkan sebuah senyuman, senyuman yang cukup memukau. Tapi tidak dilayannya. 

"Isk!! pasai pa plak kali ni aku macam gagal untuk mengoda gadis dengan cara begini? Biasanya tak pernah fail" bisik hati kecil ku.

Meluru dia masuk setelah pintu rumah aku dibuka sambil sedang mencari-cari sesuatu. Aku pelik, apa yang nak dicarinya. Nak kata dia pernah datang ke rumah aku, tak pernah pulak. Ini kali pertama. Akhirnya dia bersuara.

"You, mana you letak TV?" tanya Fiza dengan gelojohnya.

"Tuh ha dalam bilik I tuh" jawab aku.

Pantas sungguh dia berlari mendapatkan remote yang memang aku selalu letakkan di atas katil. TV dibuka dan volume suara dikuatkan. Aku tidak pedulikan apa yang dipaparkan di TV tersebut. Aku cuba mendekati dia, tangan aku cuba untuk menyentuh bahu dia, kemudian ditamparnya. Aku tak putus asa, aku cuba untuk menyentuh paha dia. Ditamparnya juga cuma kali ni dia bersuara.

"Boleh tak you bersabar sekejap? I nak tengok Nora Elena ni. I jatuh cinta dengan Seth Tan dalam drama ni. Dia sangat romantik you tau" pekik dia dengan nada yang tinggi.

Fakk!! Setan sungguh!!

Di saat itu aku mula benci dengan drama Melayu yang berjudul "Nora Elena". Hilang terus mood aku time tuh. Aku bebal dan terus capai tuala pergi mandi.

"Kenapa gadis-gadis melayu terlalu obses sangat dengan watak rekaan? Lepas tuh cuba nak membanding dengan realiti" mengomel hati kecik ku seperti seorang makcik-makcik masa tengah mandi.

Bebal aku berlarutan selama seminggu, dan selama itu jugalah aku tak keluar dengan mana-mana gadis.

36 comments:

PinKy MoMMa said...

pak lan..ang jeles kaaaa?
dah nak wat cmner seth dah menjadi fenomena..

ang tu gelojoh tau dak muehehehehe
ish ish tak senunuh!

::Mastura Zakaria:: said...

pak lan...kalau nak cakap loghat utagha..redah ja laaa...biaq kaw sket..hahaha...


x tgk pun nora elena, so xtau mana 1 seth mana satu tan..hahahha

Akulah Pak Lan said...

PinKy MoMMa:
Cke dah sabaq dah tuh..tp dia..tetap dengan seth tan dia

::Mastura Zakaria::
Hidup kat KL kena pandai cover...malu la cek

kotak bulat said...

hahah.. seth tan tu laki pling romantik..tp xwujud pun..

hanaahmad said...

kau benci sangat dgn drama tu smpai eja pun salah. NORA ELENA la. haha. tula msti hang berbunga2 je tgk aweks tu gelojoh. pdhl die nk tgk tv. haha.

Akulah Pak Lan said...

kotak bulat:
Ah..semua sama saja

hanaahmad:
Memang benci gila..
Demm!! Mesti kau pun tgk kan?
Ok benci ko selama 5 minit

EYFAalias said...

hahahahahahaa. dah agak dah mesti cerita tu! sebab awek tu kata pukul 7 en. ahahhaa. skrg kn musim :p

Akulah Pak Lan said...

EYFAalias:
Haha..tuh la pasal..demam dah wanita skrg ni...

tia @ Ini Kisah Tia said...

entah lerrr . Tia tak tau apa ada dengan Seth Tan tu . maybe Tia tak tengok thats why tak tau . bhahahaa !

Bila Azan Berkumandang - AWAS!

Akulah Pak Lan said...

Tia:
Isk2..maybe u patut tgk

eila said...

kah...kah...kah...abg seth romantik!

najihah sahami said...

hahahaa..ni la parahnya lelaki sekarang. terpaksa bersaing dengan pelakon. auww..besar dugaan tu.

WARTAWAN KIKIE said...

hahaha pakcik sgt bebal... :p *cubit pipi pakcik*

cik azeya said...

ahaha. cian kat hang noh. aku pon tak minat si sethtan tu, bukannye nsem pon! bajet badan ketak aku tergilekan dielah. adei. ni la masalah pengarah2 drama skrg ni, letak yg nsem2 je. -.-'

puteri kasih said...

tak minat sangat ngan cerita nora elena tu walaupun ia diminati ramai..kalau salah sebut seth tan..mahu jadinya setan nanti..hehe

vampire's lovex said...

hahahaha..aku pon pelik pasaipa pmpuan2 suka watak seth tan tu..huuu geli aku. tgk satu part je kat youtube,pastu cam gamp je..arghh,cter paling meloya kan...

Akulah Pak Lan said...

eila:
Demm!! Benci u 5 minit jugak

najihah sahami:
depa berlakon ja..realitinya? ok tak perlu jwb

WARTAWAN KIKIE:
amboi...suka no nak cubit pp orang..pakcik tokak pp tuh baru tau..

cik azeya:
aku confious definisi hensem hang..kejap kata tak hensem..kejap kata hensem..

puteri kasih:
tu pasai i sebut setan tadi..

vampire's lovex:
jgn keluaq nora elena the movie sudah

HAFIZAL said...

bagus lah tu..kiranya sokong cerita tempatan..tak macam astro asik cerita seberang jer yang banyak

Eika Azis said...

hahahah... aku da si Fiza nak tgk Nora Elena bile bace "Cepat la you, dah pukul 7 ni."
Nway, good one Pak Lan! Different approach to Nora Elena, smua blog pong nak cakap pasal Nora Elena sekarang...

NuReLLe said...

ermm..romantik sgt pun mcm rimas jugak..cm lembik je..nak 50% romantik je r cmtu..gugugu..:P

#takdekenamengena

cik ayin said...

tersangat2 la jarang tengok NE tu

Akulah Pak Lan said...

HAFIZAL:
Cerita indon lagi aku benci..tuh antara salah satu benda yang aku tak paham sampai la ni..

Eika Azis:
Apa yang best sgt Nora Elena ni pun, aku tak tau la..

NuReLLe:
Correct

cik ayin:
bagus...I tak jadi benci you untuk 5 minit..aci?

fyy mokhtar said...

rimas :P

Solihin Zubir said...

haha.. ntah.. taksub sgt.. padahal berlakon je pun.. nk jumpa dlm dunia realiti? 1 dlm 1000 blum tentu lg.. heheh..

Akulah Pak Lan said...

fyy mokhtar:
rimas lemas

Solihin Zubir:
tau takpa

hanaahmad said...

dah habis benci aku? keh3.

Akulah Pak Lan said...

hanaahmad:
Dah..baru habes benci td..

sHa| said...

hahaha.. nice & cute posting pak lan ;-)

nazirah said...

hahaha hanya kerana nora elena ek hehehe ;)

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

siyes wa x penah tgk cite tu..

dgr kabo dari para gadis pejabat..

semua mengimpikan seth.. sape seth

arrg... pedajal semua itu..

[meneguk milo sambil melayari laman web]

miSs sYeiDa said...

hihi..smua pmpuan da jatuh ati ngn seth tan k...
paklan,ang jd la mcm seth tan..hihi
ramai gadis jatuh ati ngn ang nnt..=P

Akulah Pak Lan said...

sHa|:
Thanks

nazirah:
tuh la pasal

LinE PuTih LiNe HiTaM:
wa pun tak tau pasai pa depa minat sgt..

miSs sYeiDa:
Nak bg sama tang mana? perut?

oshin-jamel said...

hak!hak!hak!klaka paklan nie..sseb bek la cter tue dah abis kan..heheheh!!!

Akulah Pak Lan said...

oshin-jamel:
benci kot tgk cerita tuh

oshin-jamel said...

(^O^)

Akulah Pak Lan said...

=)