Seronok ka SEKS ni? (18SX)



Bila bercakap bab seks, semua orang tertarik nak baca. Seronok sangat ka benda-benda yang dipanggil seks, lucah, porno dan seangkatan dengannya ni?OK, aku tak nak jawab soalan ni. Biaq hangpa, lelaki yang konon nya akal 9 nafsu 1 serta perempuan akalnya 1 dan nafsunya 9 jawab. Pasai pa aku tak tanya lesbian,gay ngan mak nyah? Sebab aku tak tau berapa nafsu dan akai yang depa ada. Aci?

Sebut saja kat mana-mana orang pun. Lelaki yang konon jiwa dia tulus murni. Perempuan yang konon juai mahai tapi dok gersang. Lesbian, Gay dan Pengkid yang masih letih layan pasangan masing-masing semalam. Mak nyah yang penat balik meniaga semalam. Tak lupa jugak pembaca blog yang sibuk  dok google "seks".

Bagi sesetengah orang, depa akan kata mual dan loya bila sembang bab-bab seks ni. Tapi kat belakang, aku tak tau apa yang depa buat. 

Ok aku ada beberapa soalan untuk hangpa.

Berapa orang yang masuk nak baca entri ni sebab ada perkataan seks sila angkat tangan?
Ok, semua orang tak nak mengaku kan. Takpa bukan aku nak attack hangpa pun. Bukan salah hangpa. Tapi salah aku sebab letak tajuk entri yang bukan-bukan. OK, aku yang patut bertaubat.

Tapi 1 soalan lagi, berapa orang kecewa yang tak dak 1 pun content dia yang berunsur seks atau pun lucah?
Haha..ok tak payah jawab jugak.

Next..

Aku tak tau nak salahkan keadaan atau sesapa sebab kita dibesarkan dalam suasana macam ni. Kalau hangpa berani dan tak segan, cuba hangpa tanya mak bapak hangpa bila depa mula kenal benda yang dipanggil seks ni. Kalau mak bapak hangpa sporting mungkin depa jawab. Kalau budak-budak yang bawah umuq tanya wajib dah kena boh penampaq sedaih. So pandai-pandai tanggung sendiri. Jangan dok gatai-gatai petik nama aku kalau mak bapak hangpa tanya sapa yang dok ajaq.

Sumber-sumber utama masa dulu-dulu mungkin la seperti VHS, buku-buku dan majalah semua ni la. Kalau ada sumber yang aku tertinggal, sila tolong tambah sendiri. La ni sangat mudah nak cari benda-benda yang explain pasai seks ni. Paling senang, tanya pakcik GOOGLE. Taip ja "seks" dan press enter. Macam-macam benda akan keluaq. Teks, gambaq atau pun video, semua buleh dapat. Mudah kan?

Lepaih dah baca, dengaq dan lihat (macam konsep belajaq masa sekolah rendah dulu la pulak) semua benda-benda yang berkaitan dengan seks ni. Bagi orang bujang apa yang hangpa nak buat dengan ilmu-ilmu semua ni? Tah aku pun tak tau nak buat apa. Aci jawab macam ni?

Last but not least..kawin la wei kalau dah mampu. 

Shit!! Terkena batang hidung aku sendiri. Demm!!!

Kepada bakal-bakal mak mertua yang baca entri ni. Tolong jangan demand sangat hantaran walau pun harga barang dah naik.

Sekian.



8 comments:

Abang Zam said...

aku masuk sebab hari2 aku masuk kalau ade post baru

tpi kali ni keinginan nak bukak sebab ayat seks lebih tinggi dripada keinginan nak baca entry harian

OreO HitaM said...

Abang Zam:
Haha...standard bai

srikandi cinta said...

tadi,igtkan nak cakap pasal seks haiwan..sbb nampak gmbr singa..huhu..

bagi sy, seks itu jijik...betul..sy sendiri pun x paham knp org kita ramai sukekan seks.. lagi2 dgn pelacur.erkk, dh la kotor..

OreO HitaM said...

srikandi cinta:
Tak perlu jijik dengan seks. Tiada yang salah kalau kita dah berkahwin.
Yang salahnya melakukan seks bukan dengan yang halal untuk kita. Itu HARAM

riffzam said...

terbaik.mesti naik trafik ni.hehe. :) search seks je.blog ni mesti naik.hehe.

OreO HitaM said...

riffzam:
orang la dah byk taubat..tak naik pun

WARTAWAN KIKIE said...

sejujurnyer wahai OreoHitam....masuk entry2x ni sbb i suke baca bile buhsan..then mmg suke SIGNBOARD SEX ni hahaha skadar fun jew....

OreO HitaM said...

WARTAWAN KIKIE:
Thanks sebab follow..
btw yg bwh tuh no comment..hahaha