Medical Check Up

Sejak dua menjak ni aku rasa tak berapa sedap badan. Panas dan kerap sangat berpeluh. Bila kencing urin berwarna kuning gelap. Gusi senang berdarah dan bila dah berdarah lambat pulak nak berenti. Muka pucat dan mata merah sampai aku rasa beza drakula dengan aku cuma aku tak dak taring saja. Tang minat gadis kami sama saja. Cuma dia suka hisap darah, tapi aku pilih benda lain untuk dihisap.

At the end aku ambik keputusan pergi klinik untuk buat medical check up. Dekat Sungai Petani ni pun, klinik bercambah macam dekat KL. Dalam satu taman dah boleh jumpa 3 atau 4 buah klinik. Aku suka pilih benda yang dekat dan tak perlu beratuq. Aku tak suka berebut dan beratuq dalam semua hal termasuklah shopping, tandas dan jugak gadis. Gila nak kena beratuq ngan berebut macam tak dak yang lain. Kalau dah terdesak sangat, tak tau la. Setakat ni tak pernah lagi.

Sampai-sampai di klinik yang aku nak buat medical check up ni, mata aku terpandang dekat dia punya receptionist. Perghh!! Cun siot. Macam iras-iras Lisa Surihani.



Hangpa kalau pernah baca entri aku sebelum ni mesti hangpa tau kan, yang mak aku kalau boleh memang nak menantu dia iras-iras Lisa Surihani. Aku tak nak jadi anak derhaka, so aku pun cuba nak atuq ayat.

"Assalamualaikum err..cik....Hanis" mata aku pandang name tag yang tersemat kat baju dia.

"Waalaikumussalam. Boleh saya bantu encik?" tanya si Hanis.

Pergh!! ayu siot suara dia, kalau hangpa dengaq tobat tangkap leleh punya aih. Aku bertambah semangat nak mengorat.

"Saya datang nak buat medical check up, doktor ada kat dalam cik Hanis?" tanya aku sampai mata tak berkedip.

"Doktor tak sampai lagi la encik, kalau tak keberatan encik tunggu la dulu. Dalam 10 minit lagi doktor sampai" terang Hanis.

"Owh yaka. Jangan la ber-encik-encik sangat dengan saya. Nama saya Azlan" sambil aku sua tangan nak bersalam.

"Baiklah, encik Azlan. By the way nama saya Pn. Hanis" jawab dia.

"Saks!! Tak dak ka dalam dunia ni perempuan cantik dan comei yang belum couple, belum bertunang mahupun yang belum berkawen?" maki aku dalam hati sambil tarik balik tangan kanan yang aku hulur tadi.

Aku tak cakap banyak lepaih tuh, dengan perasaan kecewa teruih aku bagi Kad Pengenalan untuk register sebab aku tak pernah lagi p klinik tuh sebelum ni. Dia pulak tengok aku dengan senyuman sinis. Aku tak tunggu lama kat kaunter, selesai pendaftaran teruih aku duduk di tempat menunggu. Jauh sikit dari kaunter pendaftaran.


"Encik Azlan!!"


Nama aku dipanggil. Aku berjalan selamba menyusuri kaunter pendaftaran tadi sambil dengar suara gadis gedik berbisik-bisik sambil ketawa.


"Daje!! Depa dok mengumpat aku la tuh" bisik aku sensorang.


Masuk saja dalam bilik doktor tuh, aku sedikit hampa. Doktor lelaki. Lepas tu aku bagi tau semua symptom-symptom yang aku alami. Dia buat sedikit prosedur biasa seperti check tekanan darah, check nafas dan mulut.


Tiba-tiba...


"Saya harap encik Azlan dapat bersabar" doktor Nathan cuba menenangkan aku.


"Kenapa dengan saya doktor?" Tanya aku.


"Saya syaki encik Azlan ada masalah dengan hati encik Azlan" terang doktor Nathan.


"Betul ka doktor? Doktor sangat pasti?" tanya aku berulang kali.


"Yes, I am very sure" Jelas doktor itu.


"Tak ada cara nak sembuhkan penyakit saya ka doktor?" tanya aku lagi dengan nada yang sangat tinggi.


"Sabar-sabar, nanti saya tuliskan apa yang encik Azlan perlu lakukan. Sebelum tuh, brapa umur encik Azlan sekarang?" tanya doktor Nathan lagi.


"27" lemah aku menjawab.


"Nah, ambik ni. Encik Azlan amalkan, maybe akan sembuh. Dan tak perlu makan apa-apa ubat" terang doktor Nathan.


Perlahan-lahan aku ambik nota yang dia bagi, sambil berasa pelik. Selalunya orang sakit mesti dan diharuskan mengambil ubat. Ubat dan sakit dah lumrah sangat. Aku pun dengan lemah membaca nota yang dia bagi.

Nota:
1. Bersenam seminggu 3 kali.
2. Jaga makan dan minum.
3. Last but not least jangan bercinta sampai umur 30 tahun.


Yang Ikhlas,
Doktor Love Nathan


WHAT THE FAK!!!



18 comments:

Erin Azizan said...

yayayay NAMI lagi muda dari NAM ekekeke

miSs sYeiDa said...

hahahahaha...
kisah benar ka ni pak lan?!
hahaha..
aku takot gak nk p jmpa doktor..=P

AyieNa Nur said...

ahaa..ni crita betoi ka x ni? semangat ja baca..jln cita menarik.. =p

Akulah Pak Lan said...

Erin Azizan:
Tak habes2 dgn NAMI dia..dah jatuh chenta erk?

miSs sYeiDa:
AyieNa Nur:
Rahsea

::Mastura Zakaria:: said...

erkkkkkk????muahahahahahhaha

FizaFizz said...

hahaha..auta ka fakta?? haha
yep2 jgn bercinta smpai umo 30 tahun!!..nanti nk kawen jemput ea! :P

eila said...

hahaha...kim salam kat doktor 2!

shida anwar said...

adoilah lan ni..memain tul..

meaw said...

tanak jumpa doktor ah lagu ni :P

Farahanis Waheda said...

HAHA ehemm HANIS ye name die? hehe
CEPAT2LAH KAWEN YE !

Akulah Pak Lan said...

Demm!!!
Jgn jeles tgk i bujang..

Namee Roslan said...

kenapa x mengurat lisa surihani terus!!! hahah. kan lagi real! btw follow sini tengok netry best! nk masukkan dalam bloglist!

Akulah Pak Lan said...

Namee Roslan:
Orite

nurul nadia nasir said...

yewww bia betik ni?haha lawaklah..mesti malu kan dengan PUAN HANIS tuh?hak3

KyêrulL said...

HAHAHA!! lawak ^.^

Akulah Pak Lan said...

:)

vampire's lovex said...

kahkahkah ! satu je aku nak tny doctor tu gay ke ?


pastu betol ke ko sakit hati ??

Nur Syazana Mohammed Sani said...

haha ,. best ^^