How To Be Rich For Dummies

Anda bercita-cita untuk jadi kaya seperti saya? Sila reply sms yang saya hantar dibawah:


"RM0. Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga. Temui Cinta & Pasangan hidup anda skrg di MyCupid. PERCUMA chat dr pasangan dgn menghantar ON MYCUPID ke 28887"

Oh shit!!! silap sms....sekejap saya hantar lagi..

"Adakah anda ingin menerima MMS Nur Alert dan membantu polis mengesan kanak2 yg hilang/diculik dengan segera. Taip YA dan hantar 23312"


Demm!!! Maafkan saya, sistem rangkaian kami mengalami masalah teknikal. Kami akan membetulkannya secepat mungkin. Sementara itu teruskan membaca.

Anda mungkin salah seorang yang saya cari untuk saya wariskan harta saya.

"I am Janet Brown diagnosed for cancer,has a time limit to live,I WILL/donate the sum of USD$10 Million to you.Contact Barr. Patrick Gibson Tel; +447086465061, for claims Please Write him with this email patrickgibson@zenithchambrs.cz.cc. Tell +447086465061 him that I have WILLED $10,000,000:00 my personal reference number law/chamber/solicitors/je/ws/WILL/9834520012. Due to my Sickness, i have been touched by God and want my WILL to be donated to you. SO PLEASE SEND E-MAIL TO PATRICK IMMEDIATELY"

Jika anda ada menerima email di atas maka anda lah orang yang saya cari. Saya dah nak mati, jadi ambik saja lah harta saya tersebut. Tapi sebelum itu, disebabkan harta saya yang terlampau banyak. Anda dikehendaki meng transfer kan sebanyak US10,000 sahaja ke akaun saya untuk urusan guaman. Serius shit saya tak tipu anda. Tengok la duit saya yang saya simpan dalam Bank Swiss.



Tapi kalau anda tidak mendapat email tersebut, takpa saya akan kongsi kan ilmu saya bagaimana saya boleh berjaya dan menjadi jutawan.

Memang betol kata orang tidak senang untuk senang tidak susah untuk menjadi susah. Namun saya telah jumpa cara yang paling mudah untuk menjadi jutawan segera. Mengikut penelitian saya, orang yang paling mudah ditipu adalah rakyat di Malaysia terutama sekali orang Melayu. Apa yang anda perlu buat cuma buat pinjaman peribadi sebanyak RM20k dengan mana-mana bank atau pun Along. Dan kemudian jangan lupa bergambar dengan duit anda seperti dibawah.



Kalau boleh anda mestilah berbaring dengan duit tersebut ditaburkan di atas badan anda. Paling berkesan anda mestilah perempuan. Kerana orang lelaki cepat tergoda tambah-tambah kalau muka anda iras sweat innocent gitu. Ini adalah perlu untuk menyakinkan semua orang yang anda telah berjaya dalam bisnes anda. Kemudian dengan menggunakan modal ini, anda boleh menyewa mana-mana kenderaan mewah yang anda suka. Jangan risau, paling lama sebulan. Saya gerenti dalam masa sebulan anda akan mendapat pulangan modal anda.



Kemudian anda hanya perlu menyediakan sedikit kertas kerja dan sijil2 palsu. Untuk menyakinkan lagi orang, anda boleh menggunakan barangan seperti dibawah:




Bagaimana nak menambahkan lagi kenyakinan orang terhadap produk anda? Mudah saja. Kalau ada duit lebih, upah lah mana-mana doktor PhD dari luar negara. Suruh mereka iktiraf keberkesanan produk anda. Orang kita mudah percaya bulat-bulat kalau ada orang luar negara yang terlibat. Mindset mereka, orang luar negara takkan tipu orang. Percaya atau tidak ini memang realiti. Kita mesti pandai mengambil kesempatan untuk berjaya.


Banyak lagi rahsia yang belum saya bongkarkan. Kalau anda mahukan rahsia ini, anda bolehlah hubungi saya untuk mendapatkannya.


Sekian.


11 comments:

peep said...

org kene kanser gak a kaye camni.. haha:)

*luv Syahnia* said...

bkn snang nk dpt duwet
bgunung cam gitu..aisshhh

OreO HitaM said...

peep:
haha..

*luv Syahnia*:
tuh dah bg tutorial dah..p buat

Mrs Hazqira said...

da cukop kaya utk smua tu...hehehe

OreO HitaM said...

Mrs Hazqira:
Hehe..bleh tambah lagi pendapatan tuh..percaya la..

Zulfikar Hazri said...

aku rasa kad Ads4buck ..infrareds tu adalah satu pembohongan paling legend pernah aku tengok...

masa aku tengok pameran dia kat pkns...aku sampai gosok2 mata...punya tak caya...

OreO HitaM said...

Zulfikar Hazri:
Mana tak legend..
rendam dalam ayaq..pastu ayaq tuh buat ayaq ubat kot..gila rare..

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

yg hang bg tu smua penipu wei..slalu ada dlm spam email ahahaha ;)

depa ni nak guna trick tapi dok pandai..hurmmm

OreO HitaM said...

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥:
Depa semua bijak..

Fyqa said...

mcm2 taktik bole mnipu org.

OreO HitaM said...

Fyqa:
nak jd kaya kena bijak