Hasnah Binti Noraini


Pagi yang sunyi,

Hidup sebagai seorang bujang tak banyak benda yang fun yang boleh aku buat diwaktu pagi. Sekadar bangun pagi untuk bersujud pada-Nya memohon kemaafan serta kesejahteraan keluarga dan kesihatan adik aku yang menderita ketumbuhan dibahagian peparu, jantung dan juga perut. Ditambah pula dengan hati dia rosak kesan daripada kemoterapi dan ubat yang digunakan. 

Semalam mak aku ada call, cakap keadaan adik aku agak kritikal. Masa tuh aku ada di pejabat (KL) dalam pukul 4 petang. Sejam kemudian dia call balik cakap adik aku dah stabil sket. Lega hati aku sedikit. Aku sebenarnya baru balik dari bercuti kat kampung dan baru masuk kerja. Memang letih sedikit nak berulang alik ke kampung.

I need another story,
Something to get off my chest,
My life gets kinda boring,
Need something that i can confess,

"Eh tuh bunyi handset aku" bisik hati kecil aku pada masa tersebut sedang iron baju melayu. 

Hari Jumaat, memang sangat rare untuk aku berbaju melayu terutama di office lama. Cuma kat office baru ni aku rajin sikit sebab pakaian bebas, janji sopan.

"Abang Lan, doktor cakap Hasnah dah kritikal. Mak tengok dia pun dah tak larat nak bernafas. Balik la" rintih ibu aku.

"Takpa la mak, abang balik la ni jugak. Nanti abang telefon bagi tau yang lain sama" jawapan aku kepada mak dengan nada memujuk.

8:30 pagi, waktu jam ditangan aku. Masa tuh aku baru nak bertolak ke Hospital Pulau Pinang sebab adik aku buat treatment dekat sana. Dah hampir sebulan lebih mak aku dengan dia kat sana. Selalunya dalam 1 atau 2 minggu treatment. Doktor dah bagi balik rumah untuk berehat 2 atau 3 hari. Tapi kali ni berbeza sangat.

Aku cuba call semua sedara mara aku yang ada kat KL untuk bagitau pasal benda ni sambil memandu berseorangan untuk ke Penang. Aku tau aku belum isi minyak lagi sebab semalam aku ke putrajaya untuk jual 2 voucher tiket GSC Premier Class yang dah nak expired pada 21hb May 2011. Aku tak ada sapa-sapa yang nak di ajak tengok wayang yang kebetulan "Couple Seat". Lain la kalau Lisa Surihani sudi nak keluar tengok wayang dengan aku. Aku singgah untuk isi minyak dekat Plaza Tol Jalan Duta. 

Tiba-tiba ada satu nombor telefon naik, "Land Number". Mula-mula aku dah malas nak angkat telefon dah terutama dari nombor aku tak kenal.

"Hello, Assalamualaikum. Chu ni" suara yang telefon aku.

"Ha, awat Chu?" tanya aku.

"Ni Chu nak bagi tau, Hasnah dah meninggal dunia. Mak hang call Chu tadi. Hang bawak la reta pelan-pelan" terang maksu aku.

Aku dah jadi blur. Tak tahu nak cakap apa dah. Aku perlukan tempat untuk mengadu, aku perlukan bahu untuk menangis. 



"Where were you when I need  you the most" benak hati aku berkata. 


Yang aku sedar selepas itu, jarum penanda kelajuan kereta aku dah menunjukkan 170km/j. Dan pernah seketika 180km/j, angka terakhir yang ada. Aku dah tak peduli kalau nak kena saman atau kemalangan. Yang aku tahu nak sampai dengan cepat. Mana tidaknya, mak aku dah 2 kali call bagi tau benda yang sama.


"Abang Lan, Hasnah dah tak dak" sambil menangis.


Ayat yang sama, cuma selang beberapa minit. Mungkin sebab dah terlalu sedih sampai dia dah tak ingat sapa yang dia call. Kebetulan mak aku saja yang ada dengan adik aku waktu tersebut. Ayah dan adik beradik yang lain bekerja dan dekat rumah. Masa dalam perjalanan mak aku ada call banyak kali. Yang last aku ingat dia bagitau yang arwah adik aku hospital dah uruskan untuk di bawa balik ke Sungai Petani, kampung halaman aku. Mak aku suruh aku terus balik ke rumah.


12.30 tengahari, aku dah sampai kampung halaman aku Sungai Petani. Masa tuh orang dah penuh dalam rumah. Aku terus meluru ke depan untuk melihat jenazah adik aku. Sebak, pilu tapi situ ramai makcik-makcik, anak-anak gadis. Aku cuba untuk tidak menangis. Mak aku pun ada kat situ dengan matanya yang berlinangan air mata, tapi tiada suara yang keluar. Aku paksa diri aku supaya tabah supaya mak aku tak terikut kalau aku menangis nanti.


Waktu zohor dah nak masuk, hari ni hari Jumaat. Aku bersegera ke Masjid untuk menunaikan solat. Ada jugak cara aku untuk mengelakkan diri dari menangis.


Sesudah solat aku balik, terserempak pulak dengan mak aku yang baru lepas ambik wuduk. Dia mula bercerita, cerita tentang keadaan arwah adik aku. Semasa sebelum nazak, semasa tengah nazak dan semasa arwah dah meninggal. Waktu itu aku cuba berbisik kepada dalam diri aku supaya untuk tidak berkata apa-apa. Aku cuma mendengar. Mendengar keluhan seorang ibu yang baru kehilangan anak.


Waktu itu, aku sangat terasa beban dan tanggungjawab aku sebagai anak sulong dalam keluarga aku. Waktu ini ayah dan ibu mungkin dah rebah dan menangis. Tapi aku perlu kuat, kuat untuk memapah dan menenangkan mereka. Tapi aku hanya mampu untuk berlagak kuat, tapi dalam hati aku. Aku menangis.


"Where were you when I need  you the most" benak hati aku berkata lagi.


Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,

Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

  


Selesai talkin dibacakan. Alhamdulillah semua dah selamat. Sewaktu aku menulis entri ini. Mak ayah dan adik-adik aku, semuanya dah tidur.


Pesan aku kepada pembaca diluar sana....


Apabila orang yang bersedih sedang meluahkan perasaan sedih serta beban dalam hati mereka. Anda tak semestinya perlu jadi pakar motivasi untuk menyelesaikan masalah mereka. Anda juga tak semestinya perlu berfikir untuk cara bertanyakan soalan-soalan kepada mereka. Apa yang penting anda hanya perlu mendengar. Anda perlu dengar setiap keluh kesah, rintihan dan  kisah mereka.


Tak ramai yang pandai untuk menjadi pendengar yang baik. Yang ada cuma mereka yang ingin menjadi jaguh untuk menyelesaikan masalah. Berjaga-jaga, mungkin kerana anda, akan timbul pula masalah baru jika cara yang anda berikan untuk menyelesaikan masalah tidak kena dengan caranya. Tak semua orang mampu untuk menyelesaikan masalah orang lain kerana pengalaman dan masalah kita berbeza dengan dia.


Cara yang terbaik untuk meringankan beban atau masalah yang terpendam dalam benak hati seseorang insan adalah untuk dia meluahkan dan untuk itu dia memerlukan pendengar. Apa yang mampu anda buat sebagai pendengar adalah 

  • Berikan perhatian kepada setiap kata-kata dia. 
  • Jangan berkata apa-apa yang negatif.
  • Bertentang mata dengan dia.
  • Jangan memotong cakap dia.
  • Jangan berikan reaksi yang boleh membuatkan dia menangis atau sedih.
  • Terima segala-segala yang dia luahkan kepada anda tanpa perlu untuk berdebat.

Entri ini khas untuk arwah adik aku "Hasnah Binti Noraini". Semoga roh beliau ditempatkan dengan golongan orang yang beriman.



AL-FATIHAH

Nota kaki:
Entry ini ditulis tanpa menitiskan air mata walau pun setitik.


29 comments:

anith chan said...

May ALLAH bless her.. Al-fatihah ~

dir...antologi hidup apple sepi... said...

azlan..serius sedih..masa bc ni..aku cuba control perasaan sedih aku..tp aku xsekuat kau..kau mmg tabah..semoga..adik kau tenang disana..azlan..thankz sbb sudi berkongsi cerita dgn kami di kbu...

Ecah Shafiee said...

al-fatihah..sayu membacanya..lagi-lagi kehilangan adik beradik sendiri..nasihat aku kat org lain..jgnla berkelahi sesama beradik..cepat2 cari jln penyelesaian..kalau boleh jd lah seorang yang pemaaf..

Aqilah Kamarudin said...

al fatihah . semoga arwah d'tempatkan orang2 yang b'iman . allah swt lebih menyayanginya . amin .

miSs sYeiDa said...

takziah buat pak lan & kluarga..
ang mmg kuat..aku yg baca pn tertumpah gak air mata..smoga arwah tenang disana dan ditempatkan bersama golongan2 yg beriman..dia meninggal hari jumaat..rezeki dia..btoi kata ang..menjadi pendengar yg baik adlah lbih baik dr menjadi pakar motivasi.. Al- fatihah buat arwah..

Pakcu Sofi said...

Semoga arwah tenang di sana...ditempatkan bersama para solihin..

Lan, kuat semangat ok!

Al-fatihah

Akulah Pak Lan said...

Thanks semua..aku just nak luahkan apa yang terpendam..

Keyyah said...

takziah paklan n family... semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman...Al-Fatihah...

.fariza. said...

takziah.
al-Fatihah.
moga arwah ditempatkan dalam golongan orang beriman.

mE™ said...

takziah for u and family atas kehilangan..
semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman insyaAllah...
amin.

shida anwar said...

takziah Lan..moga Lan dan keluarga tabah..SA dankeluargapun baru kehilangan pakcik semlam gak..semoga mereka ditempatkan bersam org yang beriman..Al-Fatihah..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Lan,

terus tabah dan kuat demi mak kamu..

ya anak sulung tanggungjawab dia besar...

semoga adik Lan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..

al-fatihah untuk arwah...

Fadzillah Kamarudin said...

alfatihah...
semoga rohnya dicucuri rahmat...
amin...

LeNsA said...

takziah..al-fatihah

ifarizatul said...

takziah diucapkan.. sgt sayu hati membaca entry ni... kita tak tahu bila kita akan pergi..

Farierahasanz said...

takziah lan . .

alfatihah . . bersabar ek .. tiap y idup pasti akn mati ..
cuma tiap org tue lain care nye . .
hmmm . .

Akulah Pak Lan said...

thanks semua..

EpoLįƒ¦siKunang2 said...

Perginya seseorang takkan hilang dalam ingatan. Takziah, harap hadapi dengan tabah. :)

aDisH.sHidA said...

AL-FATIHAH....SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORG2 BERIMAN..

SALAM TAKZIAH DR KAK SHIDA

aDisH.sHidA said...

AL-FATIHAH....SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN ORG2 BERIMAN..

SALAM TAKZIAH DR KAK SHIDA

EYFAalias said...

Hmm. Takziah untuk awak dan keluarga. Sy turut sedih baca kisah ni. Hmm. Teringat pulak kat arwah abang sy. Al-fatihah untuk arwah adik awak :( Banyak bersabar ya.

FizaFizz said...

Al fatihah..semoga arwah ditempatkan dlm kalangan orang2 yang b'iman..Tabahkan hati ya PakLan! :)

Akulah Pak Lan said...

Thanks semua..

Muslimah Optimis said...

takziah paklan.. ermmm... Allah lebih sayangkan dia.. sebab Allah tak mahu dia menderita di dunia maka Allah ambil dia dulu daripada kita semua.. semoga lan sekeluarga sentiasa tabah ya.. insyaAllah dia baik2 saja di sana.. dan semoga kita yang masih hidup sentiasa dalam lindunganNYA..ameen..

kunci locker said...

serius..ko mmg tabah..bgs la bro..sori..aku xknl ko pn..tp aku rse cm dah lama knl ko..rse cm arwah tu kawan aku lak sbb die sebaya aku..hmm..ppe pn..saba,k..al-Fatihah buat arwah.. :)

Rtp Farra Arisha said...

touching sesangat entryyy ni. terharuuuu :'(

al-fatihah.

coretan lia iqmalia said...

tabahkan hati...Allah sayang hasnah =D

Qaseh dalia adelia said...

al-fatihah buat arwah ..sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah .. bersabarlah ..

::Mastura Zakaria:: said...

innalillahi wainna ilaihi rojiun...Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali..semoga rohnya ditmpatkan di kalangan para hambaNya yang solehah.... salam takziah buat Paklan and family...