Bila Cukai Jalan Tamat Tempoh

Assalamualaikum,

Selamat pagi saya ucapkan buat Datuk Solah Mat Hasan Ketua Pengarah Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Malaysia, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar Ketua Polis Negara dan tidak dilupakan jugak Datuk Abdul Aziz Yusof selaku Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman. Diharapkan tuan-tuan sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta jasa baik tuan-tuan sekalian untuk tidak mengadakan sebarang sekatan jalan raya dalam tempoh yang terdekat ini.

Untuk makluman tuan-tuan sekalian, cukai jalan dan insuran motorsikal saya telah tamat tempoh pada 1 Mei 2011 bersamaan dengan hari Ahad. Saya tidak mampu untuk memperbaharui insuran motorsikal saya kerana setiap tahun motor saya semakin cabuk tapi insuran motor pulak semakin mahal. 

Mungkin insuran ini bertujuan bila motorsikal saya mati nanti saya akan mendapat pampasan yang sewajarnya supaya saya tidak bersedih ke atas kehilangan motorsikal saya tersebut.

Tapi saya akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan duit supaya saya dapat memperbaharui insuran motorsikal saya tersebut agar saya dapat menunggang motorsikal saya tersebut dengan lebih selamat.

Sekian.

Yang Tipu,
Pak Lan

Nota Kaki:
Pagi tadi kakak cleaner cakap aku dah kurus, mungkin aku kena belanja dia makan McD tengahari ni.




9 comments:

Fyqa said...

kompem nnti jdi target tepat.haha

*mnipu ajeee

OreO HitaM said...

Fyqa:
Serius roadtax motor i mati

Jemari MonteL said...

pehh...kalo ler leh wat surat gini anto kat dorang... dah lame JM wat lorrr...

ps : ko gemok ker?? meh kawan ngan akooo.... hahahaha

OreO HitaM said...

Jemari MonteL:
Demm!! aku hampir ada 6 pack..

Scarlett O'Hara said...

Apa salahnya jadi org gemu.Asal jangan macm Dottie tu sudah le.Seksi.

najihah sahami said...

nak cakap oreo makin kurus gk la..mekdi eh esok..:P

OreO HitaM said...

Scarlett O'Hara:
Memang tak salah kalau jd org gemu..tp susah jadi org gemuk

najihah sahami:
Valid only for one person per month.

WARTAWAN KIKIE said...

Sangat funny waaa huhuhu saya suke... <3

OreO HitaM said...

WARTAWAN KIKIE:
Jgn la...kita sgt sedih..roadtax motor kita mati...